Google Chromebook X Yang Lebih Premium Sedang Dibangunkan

TechnologyDigital
22 Jun 2023 • 10:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Google Chromebook dilancarkan pada peringkat awal sebagai komputer riba berkuasa rendah untuk digunakan di sekolah. Ia beroperasi dengan menggunakan pelbagai perisian Google dan oleh kerana itu kemampuan memproses yang tinggi tidak diperlukan. Tetapi kini Chromebook yang lebih berkuasa mula ditawarkan. Tetapi kini dalam kod terkini, Google dilihat merancang menawarkan pula Chromebook X.

image is not available

Chromebook X ialah siri komputer riba dan tablet yang lebih premium. Ia mempunyai lebih banyak spesifikasi minimum seperti menggunakan cip AMD Zen 2+, AMD Zen 3 dan dua cip Intel Core Gen 12. Selain itu ia perlu dilengkapi sistem kamera yang lebih mercu kerana Chromebook X direka khusus untuk prestasi telesidang yang baik. Ia juga boleh menyokong ciri Live Transcribe yang menunjukkan sari kata secara masa nyata.

Menurut 9to5 Google, harga jualan Chromebook X kelak adalah antara $350-$500 sebuah. Ia besar kemungkinan akan dilancarkan menjelang penghujung 2023 ini.