Google Chromecast Baharu Bukan Lagi Sebuah Dongel

TechnologyDigital
23 Jul 2024 • 8:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak generasi pertama, Google Chromecast hadir dalam bentuk dongel. Bermula dengan sambungan terus ke port HDMI di belakang TV dan kemudian berubah dengan terdapat kabel lembut memudahkan pemasangan dongel pada ruang yang sempit. Pagi ini 9 to 5 Google menerbitkan gambar Google Chromecast baharu dan ia bukan lagi sebuah dongel.

image is not available

Sebaliknya ia sama seperti kotak Apple TV dengan ia diletakkan di atas permukaan meja dengan kabel HMDI disambungkan ke bahagian belakang. Malahan nama produk telah diubah kepada Google TV Streamer tanpa sebarang penjenamaan Chromecast.

Bentuk masih lagi bujur tetapi terdapat kaki di bahagian bawah untuk membolehkan ia diletakkan rata. Alat kawan jauh juga menerima perubahan kerana butang laras audio kini di bahagian atas bukan lagi pada sisi kanan.

Konfigurasi butang lain masih sama dengan Chromecast with Google TV iaitu butang arah berbentuk bulat serta dua butang pintasan pantas untuk YouTube dan Netflix. Besar kemungkinan Google TV Streamer akan dilancarkan ketika acara khas Made by Google pada 13 Ogos depan bersama dengan Google Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro Fold.

View Original Article