Google Dan Magic Leap Bekerjasama Untuk Pengeluaran Produk Realiti Terimbuh

TechnologyDigital
31 May 2024 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Magic Leap adalah syarikat pemula yang cuba mengubah industri teknologi dengan realiti terimbuh. Mereka adalah antara yang terawal mencipta nama dalam kategori realiti terimbuh ini. Selepas gagal menyasarkan pengguna biasa, Magic Leap 2 dilancarkan untuk pengguna perusahaan pula. Terbaru, mereka telah menandatangani kerjasama dengan Google untuk pengeluaran produk realiti terimbuh.

image is not available

Dalam kenyataan Magic Leap, kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform. Buat masa ini tiada sebarang produk diacah akan dilancarkan dalam masa tedekat dan untuk siapakah produk baharu mereka ini juga tidak didedahkan. Antara inovasi Magic Leap 2 adalah, ia merupakan kaca mata yang biasa dengan pelbagai sensor dimuatkan untuk kandungan digital dipaparkan pada dunia nyata.

Kerjasama Google dan Magic Leap ini dikatakan tidak akan menjejaskan perjanjian Google dan Samsung yang ingin membangunkan produk realiti diperluaskan seakan Apple Vision Pro. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai produk realiti terimbuh Google dan Magic Leap akan datang.