Google DeepMind Menghasilkan Robot Bermain Ping Pong Setaraf Pemain Amatur

TechnologyDigital
9 Aug 2024 • 9:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google DeepMind kini menceburi dunia robotik pula dan telah memperlihatkan sebuah robot yang bermain ping pong seakan pemain amatur. Dalam video yang dikongsi DeepMind, robot ini boleh mengalahkan pemain manusia.

Ia bukan sekadar memukul bola kembali kepada pihak lawan manusia, tetapi boleh melakukan pukulan lebih sukar seperti pukulan kilas, hantaran balik boleh berpusing dan menghantar balik servis. Menurut DeepMind pada peringkat permulaan kecerdasan buatan (AI) dilatih bermain ping pong di dalam dunia maya dengan penyelaku fizik dunia sebenar.

Kemudian robot diarahkan untuk berentap dengan 26 pemain manusia dengan empat tahap kepakaran berbeza. Data yang diambil kemudian digunakan untuk mengajar robot untuk memperbaiki lagi kemampuan ia bermain sehingga ia kini setaraf tahap pemain peringkat amatur. Ia turut diajar untuk mempelajari cara pihak lawan manusia bermain dan mengubah strategi permainan untuk mengalahkan mereka.

Ia masih belum mampu mencapai tahap pemain profesional kerana manusia lebih tangkas, pantas dan fizik permukaan getah pada pedal ping pong masih belum mampu dihasilkan dalam dunia maya. Jadi pada ketika ini manusia masih mempunyai kelebihan.

View Original Article