Google Dianggarkan Membayar Apple Sehingga RM95 Bilion Setahun Untuk Kekal Sebagai Enjin Carian Utama Pada iPhone

TechnologyDigital
12 Oct 2023 • 3:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini dilaporkan membayar Apple antara $18 bilion ke $20 bilion (~RM95 bilion) setahun, dalam usaha untuk kekal sebagai enjin carian utama pada produk keluaran Apple, terutamanya iPhone. Perkara ini dikongsikan oleh penganalisa kewangan – sekaligus memberikan impak kewangan terhadap Apple sekiranya Google tidak lagi menjadi enjin carian utama pada iPhone.

image is not available

Perkongsian ini hadir selari perbicaraan melibatkan Google menyatakan mereka memonopoli arena enjin carian dan pendapatan pengiklanan melaluinya.

Selain menjadi enjin carian utama untuk produk Apple, Google juga turut mempunyai kerjasama dengan sejumlah pengelur peranti termasuk Samsung, selain pembangun pelayar web Mozilla.

Buat masa ini, pelbagai angka yang dikongsikan adalah melalui penganalisa sahaja, dan bukannya angka rasmi yang dikongsikan Apple atau Google.