Google Didapati Bersalah Mengamalkan Monopoli Perniagaan Iklan

TechnologyDigital
18 Apr 2025 • 8:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google didapati bersalah mengamalkan monopoli dalam perniagaan iklan menurut hakim Leonie Brinkema di Virginia semalam. Beliau berkata Google “dengan sengaja memperoleh dan mengekalkan kuasa monopoli” dalam pasaran pelayar penerbitan iklan dan pasaran pertukaran iklan antara pelanggan dan pembeli.

image is not available

Ini ialah kali kedua Google didapati bersalah melakukan monopoli di Amerika Syarikat selepas didapati melakukan amalan yang sama dalam perniagaan carian pada Ogos tahun lalu. Mereka mungkin perlu menjual Google Ad Manager yang menjana 14% pendapatan syarikat tahun lalu. Tahun lalu muncul laporan pihak berkuasa Amerika Syarikat akan memaksa Google menjual perniagaan Search dan Chrome bagi menghentikan amalan monopoli ini.

Google diheret ke mahkamah oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat atas beberapa amalan yang didakwa adalah monopoli sehingga merugikan orang ramai. Walaupun Google didapati bersalah dalam pasaran pelayar penerbitan iklan dan pasaran pertukaran iklan, mereka didapati tidak bersalah melakukan monopoli dalam rangkaian iklan. Selepas keputusan diumumkan, Google mengatakan mereka akan mengemukakan rayuan.