Tengku Zafrul, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri kini berkongsi menyatakan syarikat gergasi internet Google akan mengumumkan pelaburan di Malaysia dalam masa terdekat. Jumlah pelaburan dan perkara berkaitan dengannya dijangka diumumkan selepas ia diluluskan kelak.

Perkongsian terbaru ini hadir, lanjutan daripada mesyuarat melibatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama-sama beberapa menteri lain dengan pihak Google pada awal minggu ini.
Selain pelaburan, Tengku Zafrul turut berkongsi mengatakan mereka membincangkan bersama Google berkenaan beberapa perkara, termasuk untuk melatih dan menambah-baik bakat rakyat Malaysia dalam tiga sektor, terutamanya pendidikan, agrikultur dan kesihatan.
Sebelum ini, Microsoft turut telah mengumumkan pelaburan berjumlah RM10.5 bilion di Malaysia. Beberapa syarikat teknologi juga turut telah menyatakan pelaburan di Malaysia, selari peningkatan keperluan semikonduktor dan juga industri kecerdasan buatan tersebut sendiri.




