Google Disaman Mexico Kerana Mengubah Nama Teluk Mexico

TechnologyDigital
10 May 2025 • 8:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mexico telah menyaman Google kerana mengubah nama Teluk Mexico menjadi Teluk Amerika di dalam Google Maps menurut laporan BBC. Nama teluk diubah oleh Presiden Trump pada Januari lalu dan Google turut mengubah paparan nama di Google Maps untuk pengguna di Amerika Syarikat. Di negara lain kawasan yang sama dilabel sebagai Teluk Mexico dengan nama Teluk Amerika diletakkan dalam kurungan.

image is not available

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum telah meminta Google mengembalikan semula nama asal sejak Januari tetapi Google mengatakan mereka mengubah nama sesuatu tempat mengikut dokumen yang diakui sesebuah negara. Minggu ini kongres Amerika Syarikat bersetuju menggunakan nama Teluk Amerika.

Minggu ini Presiden Trump mencadangkan Teluk Parsi pula diubah nama ke Teluk Arab sebelum melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved