Google Domains Akan Ditamatkan – Akaun Akan Dipindahkan Ke Squarespace

TechnologyDigital
16 Jun 2023 • 9:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Alphabet hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan Google Domains – iaitu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Google untuk memudahkan pendaftaran pelbagai nama domain melaluinya. Selepas beroperasi di luar fasa beta untuk lebih setahun, kini Google Domains diumumkan akan ditamatkan.

image is not available

Selari dengannya, pelbagai aset dan akaun pengguna akan dipindahkan kepada Squarespace. Google menyatakan semua pendaftaran dan akaun pelanggan Google Domains telah dibeli oleh Squarespace, dan akan melalui proses pemindahan selepas menerima pengesahan pihak berkuasa.

Untuk pengguna Google Domains, tidak perlu melakukan apa-apa, memandangkan transasi akan dilakukan secara automatik. Namun, selepas pemindahan, bil dan pembelian akan diuruskan oleh Squarespace.

Langkah terbaru ini hadir selari dengan semua syarikat teknologi yang sedang melihat untuk mengurangkan kos operasi dan menjadikan pengurusan lebih efisien.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved