Google Doodle Meraikan Hari Permulaan Sukan Olimpik 2024

TechnologyDigital
28 Jul 2024 • 1:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Enjin carian popular dunia, Google kali ini hadir dengan corak visual yang menarik dengan ia bertujuan untuk meraikan salah satu acara sukan olahraga terbesar di dunia iaitu Olimpik Paris 2024.

image is not available

Google Doodle hari ini bukan sekadar logo statik tetapi turut hadir dengan paparan GIF yang bergerak-gerak. Coraknya pula memperlihatkan watak animasi beberapa ekor haiwan yang sedang terapung di atas sebatang sungai. Ini selari dengan pembukaan acara dan majlis perasmian yang akan berlangsung di sepanjang Sungai Seine di Paris dengan melibatkan perarakan besar atlet dari lebih 200 negara.

Apabila di klik pada Google Doodle berkenaan, anda akan dibawa ke halaman hasil carian mengenai Sukan Olimpik Paris 2024. Majlis perasmian Olimpik Paris 2024 berlangsung semalam dengan ia yang pertama dilakukan di atas permukaan sungai dan bukannya di litar balapan stadium seperti kebiasaannya.