Selamat hari jari diucapkan kepada Google, syarikat gergasi teknologi yang memulakan operasi 25 tahun yang lalu. Sempena menyambut hari jadi mereka yang ke suku kurun, Googl menghasilkan Google Doodle khas yang boleh dilihat di laman Search hari ini.

Doodle adalah dalam bentuk animasi yang menunjukkan bagaimana logo Google berubah sejak syarikat memulakan operasi. Walaupun bermula sebagai sebuah enjin carian, Google kini turut terlibat dalam penstriman video, kecerdasan buatan, pemesejan, emel, sistem swapandu dan pengkomputeran kuantum.
Gogle yang dahulu tidak lagi sama dengan Google sekarang. Ini memberikan persoalan apakah evolusi mereka yang seterusnya. Cabaran besar tahun lalu ialah pengurangan tenaga kerja disebabkan pandemik. Kini status mereka sebagai enjin carian utama dunia diancam pula oleh TikTok yang menjadi pilihan generasi Z.


