Google Drive Tidak Lagi Mempunyai Had Simpanan 5 Juta Fail

TechnologyDigital
5 Apr 2023 • 9:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Minggu lalu Google mengesahkan Google Drive mempunyai had simpanan 5 juta fail sahaja untuk setiap akaun tidak kira sama ada ia berbayar atau percuma. Pihak Google menyatakan langkah ini adalah dalam memastikan kestabilan, dan mengelak perkhidmatan mereka disalah guna untuk tujuan-tujuan lain.

image is not available

Kini selepas menerima reaksi negatif daripada pengguna, Google menggantung sementara had 5 juta fail ini sementara mencari penyelesaian alternatif yang akan memastikan kesenangan kepada semua pengguna. Tambah Google lagi, selepas ini sebarang perubahan pada perkhidmatan akan diumumkan lebih awal kepada pengguna.

Walaupun had 5 juta ini sukar dicapai oleh majoriti pengguna, ia sepatutnya tidak diletakkan kerana pelanggan membeli storan awanan dalam bentuk saiz bukan jumlah fail. Dengan storan awanan kini semakin penting, sebarang halangan kepada pengguna boleh menyebabkan kesukaran di masa hadapan. Fail mana perlu dibuang dalam situasi sebegini?