Google Earth Kini Menyertakan Penjana Imej Nano Banana

TechnologyDigital
31 Jul 2026 • 6:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Earth Kini Menyertakan Penjana Imej Nano Banana

Google kini membuat sesuatu yang luar biasa, dan menambah sokongan penjanaan gambar Nano Banana terus pada Google Earth. Dengannya, kini pengguna boleh terus menjana gambaran terus pada sesuatu lokasi serta-merta, dan melihatnya daripada pelbagai sudut sebelum melakukan sebarang perancangan – sekiranya anda merupakan pemaju.

Google juga memberikan gambaran yang ia boleh digunakan untuk visualkan sejarah sesuatu lokasi, perancangan bandar, dan sebagainya. Anda juga boleh bermain dan merekabentuk semula sesuatu lokasi mengikut idea anda.

Image from: Google Earth Kini Menyertakan Penjana Imej Nano Banana
Gambaran taman tema janaan AI Nano Banana di Google Earth
Image from: Google Earth Kini Menyertakan Penjana Imej Nano Banana
Gambaran bangunan bercahaya janaan AI Nano Banana di Google Earth

Sementara pengenalan ini membawa kepada kaedah kreativiti serba baharu, orang ramai juga dinasihatkan berhati-hati dengan gambar-gambar yang mengelirukan berasaskan lokasi yang mungkin dikongsikan pihak tidak bertanggungjawab di internet.

Bagi anda yang ingin mencubanya sendiri, boleh ke laman Google Earth, pilih lokasi yang anda inginkan, dan mencuba Nano Banana terus di Google Earth.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved