Google Family perkenal satu ciri bagi banteras anak-anak beli APP bukan-bukan

TechnologyDigital
21 Dec 2022 • 4:12 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Buat masa ini, akaun yang menjadi ketua kumpulan boleh mewujudkan kaedah pembayaran sepunya. Maknanya, sesiapa sahaja dalam kalangan enam ahli tadi boleh melakukan pembelian APP di telefon masing-masing dengan mudah dan semua transaksi disatukan di dalam satu halaman.

Namun ia agak berisiko sekiranya ada dalam kalangan ahli adalah kanak-kanak di bawah umur ataupun yang berisiko melakukan transaksi yang tidak diingini tanpa sengaja.

Bagi membanteras isu tersebut, Google memperkenalkan satu lagi kaedah pembayaran yang mesra golongan ini. Sekiranya tiada sebarang kaedah pembayaran sepunya diwujudkan, ahli kumpulan boleh melakukan permohonan pembelian di Play Store kepada ketua kumpulan sebelum dibenarkan membeli. Ciri baharu ini dikenali sebagai Google Play Purchase Request.

image is not available

Antara ciri intuitif yang turut dikepilkan adalah seperti permohonan akan diatur mengikut giliran untuk dipertimbangkan ketua kumpulan pada satu masa lain. Tidaklah perlu dia memberikan keputusan di saat itu juga.

Apabila permohonan diluluskan, seperti biasa, semua transaksi akan disenaraikan di dalam bahagian pembelian lampau untuk dirujuk kemudian. Untuk mula menggunakan ciri menarik ini, Family perlulah diwujudkan terlebih dahulu. Anda boleh pergi ke pautan ini untuk maklumat lanjut.

Sumber: Google