Google Gemini Boleh Menjadi Pemandu Pelancong Jika Anda Langgan Pelan Premium

TechnologyDigital
15 May 2024 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google berhasrat untuk menjadikan Gemini sebagai pembantu AI yang berkuasa dan ramai mengharapkan suatu hari nanti Google Assistant turut akan diintegrasikan bersama. Terbaru, Gemini boleh menjadi pemandu pelancong pengguna pula asalkan pelan Google One AI Premium dilanggan.

image is not available

Ciri ini adalah lebih maju dan hebat berbanding pemalam Google Flights pada Gemini. Pengguna hanya masukkan prom mengenai perancangan perjalanan ke sesuatu tempat berserta dengan tempat ingin lawat atau pantang pemakanan, Gemini boleh cipta perancangan perjalanan lengkap dengan masa dan arahan satu demi satu. Malah, antaramuka Gemini turut akan berubah menjadi interaktif untuk pengguna ubahsuai cadangan masa atau pilihan pengangkutan.

image is not available

Ciri ini dikatakan akan tiba ke pengguna Gemini Advance sekitar bulan Jun ke September akan datang. Google One AI Premium boleh dilanggan di Malaysia dengan harga RM97.99 sebulan berserta storan Google Drive 1TB dan akses model bahasa raya Gemini Pro 1.5.