Google Gemini Kini Mempunyai Lebih 450 Juta Pengguna Aktif Bulanan

TechnologyDigital
24 Jul 2025 • 3:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini berkongsi sejumlah perkembangan syarikat, dan turut berkongsi mengatakan aplikasi memfokuskan kecerdasan buatan mereka tersendiri, Gemini, kini mempunyai 450 juta pengguna aktif setiap bulan.

image is not available

Google turut melihat penggunaan perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan meningkat dari hari ke hari. Pada bulan Jun 2025 sahaja, lebih 50 juta pengguna Google Meet telah menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam mengambil minit mesyuarat.

Selain itu, Google turut melihat penjana video mereka, Veo 3 kini digunakan 1 juta pengguna aktif bulanan.

Sebagai perbandingan, sebelum ini pihak OpenAI telah mengatakan ChatGPT mencapai 500 juta pengguna aktif setiap minggu.