Google Hadir Dengan Dua Variasi Doodle Untuk Hari Merdeka 2025

31 Aug 2025 • 2:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bagi para pengguna platform Google, semestinya anda ketahui akan yang mana Google menyediakan sebuah doodle atau logo yang direkabentuk untuk bersempena sesuatu perayaan. Terbaru, untuk Hari Merdeka 2025, Google hadir dengan nafas baharu untuk doodle mereka, selepas hadir dengan rekaan lebih kurang sama sejak 2021 yang lepas. Menariknya, mereka turut menggunakan dua variasi Google berbeza untuk tahun ini dalam menyambut Hari Merdeka!

Doodle Hari Merdeka 2025 – Halaman Utama Google

Sebelum ini, kami pada tahun lepas telah melaporkan yang mana Google menggunakan rekaan doodle lebih kurang sama sejak 2021, dimana ia memperlihatkan Jalur Gemilang berkibar di langit. Akhirnya, selepas bermain dengan beberapa variasi sejak 2021 sehingga 2024, untuk tahun ini, Google memberikan nafas baharu untuk doodle Merdeka.

image is not available

Doodle Hari Merdeka 2025 hadir dengan animasi Jalur Gemling berkibar dihadapan tulisan Google di langit. Ia juga tidak menyertakan sebarang bentuk poligon seperti sebelum ini. Namun, untuk makluman, Google dilihat menyeragamkan penggunaan doodle untuk sambutan hari kebangsaan bagi sejumlah negara, dan hanya melakukan beberapa rekaan khusus untuk negara terpilih. Kebanyakkan menggunakan rekaan sama, dan perubahan pada bendera yang berkibar mengikut negara.

Bagi para pengguna Google, anda akan melihat doodle ini apabila membuka halaman carian Google utama sepanjang hari ini. Disamping itu, pada halaman carian, Google menggunakan satu lagi variasi logo yang memaparkan Jalur Gemilang pada huruf “oo” pada perkataan Google.

image is not available
Doodle pada halaman carian Google Malaysia