Google Japan Memperkenalkan Papan Kekunci GBoard Dengan Mekanisma Tali Sawat

TechnologyDigital
5 Oct 2026 • 4:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Japan Memperkenalkan Papan Kekunci GBoard Dengan Mekanisma Tali Sawat

Anda mungkin mengenali nama GBoard sebagai aplikasi papan kekunci untuk peranti mudah-alih yang dibangunkan Google, tetapi tahukah anda bahawa mereka juga telah merekacipta papan kekunci fizikal tersendiri yang boleh dihasilkan melalui pencetakan 3D oleh orang ramai?

Versi terkini GBoard telah dihasilkan oleh Google Japan, yang memperlihatkan rekaan yang bukan sahaja menegak, tetapi juga menggunakan mekanisma tali sawat untuk menggerakkan kekunci-kekunci pada papan kekunci tersebut. Fungsi ini digunakan untuk memudahkan pengguna untuk menaip dengan satu tangan sahaja.

Image from: Google Japan Memperkenalkan Papan Kekunci GBoard Dengan Mekanisma Tali Sawat

Papan kekunci GBoard ini hadir dengan empat barisan dengan setiap satu daripadanya hadir dengan 29 kekunci untuk abjad, angka dan simbol berbeza. Keempat-empat barisan tali sawat ini akan bergerak, dan pengguna boleh menekan kekunci yang mereka mahukan tanpa perlu menggerakkan tangan terlalu banyak.

Papan kekunci ini juga hadir dengan beberapa mod kelajuan dan pengguna juga boleh menyambungkan dua papan kekunci ini ke komputer untuk kelajuan menaip yang lebih pantas.

Image from: Google Japan Memperkenalkan Papan Kekunci GBoard Dengan Mekanisma Tali Sawat

Google Japan mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai pelan untuk menjual papan kekunci ini, tetapi telah memperkenalkan langkah-langkah bagaimanakah pengguna boleh membina dan memasang sendiri papan kekunci ini dengan sendiri melalui laman GitHub mereka.

Sumber: Google Japan

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved