Google Kini Menawarkan Akses Gemini 2.5 Pro Untuk Pengguna Percuma 

TechnologyDigital
2 Apr 2025 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini telah mula menawarkan akses terbaru Gemini kepada pengguna versi percuma, iaitu akses kepada model Gemini 2.5 Pro. Buat masa ini, penawaran akses berkenaan masih pada peringkat eksperimental, dan disasarkan untuk penggunaan tugasan yang lebih kompleks berbanding model biasa.

image is not available

Melalui Gemini 2.5 Pro, ia menawarkan sokongan penaakulan yang lebih baik, sekaligus memberikan jawapan yang lebih baik, termasuk pemahaman konteks yang lebih menyeluruh. Penggunaan model ini juga memberikan analisa dan jawapan lebih memuaskan berbanding model sebelum ini, terutamanya untuk tugasan kompleks.

Bagi pengguna yang ingin menggunakan Gemini 2.5 Pro, anda perlu log masuk ke Gemini, dan mencubanya hari ini. Seperti biasa, penggunaan model ini masih terhad lagi, berbanding pengguna berbayar yang boleh menggunakannya tanpa terhad seberapa kali yang diinginkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved