Google Labur RM9.4 Bilion Di Malaysia, Sokong Lebih RM15.04 Bilion Dalam Impak Ekonomi Positif

TechnologyBusiness & Finance
30 May 2024 • 11:46 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Google Labur RM9.4 Bilion Di Malaysia, Sokong Lebih RM15.04 Bilion Dalam Impak Ekonomi Positif

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Syarikat gergasi teknologi, Google akan melabur US$2 bilion (RM9.4 bilion) di Malaysia, merangkumi pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan, di peringkat tempatan mahupun global serta program literasi kecerdasan buatan (Al) untuk pelajar dan pendidik di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet Inc (Alphabet), yang juga Ketua Pegawai Kewangan Google, Ruth Porat berkata pusat data pertama Google dan Wilayah Awan Google adalah pelaburan terbesar kumpulan yang dirancang setakat ini di Malaysia – lokasi yang Google dengan bangganya sudah bertempat selama 13 tahun.

“Pelaburan ini dibina atas kerjasama kami dengan kerajaan Malaysia untuk memajukan ‘Dasar Cloud First,’ termasuk piawaian keselamatan siber yang tertinggi.

“Dengan pengumuman hari ini, Malaysia dan Google bekerjasama untuk memajukan usaha bersama kami dalam mencipta ekosistem yang menyokong inovasi dan membuka potensi transformasi digital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alphabet ialah syarikat induk Google.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved