Google lancar program Pixel Superfan, hanya untuk peminat tegar sahaja

Digital
12 Mar 2023 • 9:09 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Google telah melancarkan program Pixel Superfans buat peminat tegar produk dalam siri Pixel itu. Diberitahu awal-awal yang program ini cuma dibuka untuk United Kingdom sahaja (England, Scotland, Wales, dan Ireland Utara).

Antara manfaat yang digariskan pengelola program adalah seperti menjadi antara yang terawal mencuba ciri Pixel baharu, dijemput menghadiri acara istimewa, bertemu dengan kumpulan pembangun produk Pixel, dan banyak lagi hadiah ekslusif.

Walau bagaimanapun, kelihatan program ini dianjurkan seperti untuk memungut data daripada pengguna. Contoh soalan yang pelik adalah seperti komposisi isi rumah pemohon, komuniti tempat anda aktif beraktiviti, dan banyak lagi.

image is not available

Di Malaysia, barisan produk Pixel tidak ditawarkan secara rasmi. Pasaran yang terhampir untuk anda dapatkan, telefon Pixel misalnya, adalah daripada China.

Sumber: Google