Google Lancarkan Ciri Membeli Belah Dengan Bantuan AI Menerusi Search dan Gemini

TechnologyDigital
14 Nov 2025 • 8:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Musim perayaan akhir tahun semakin hampir dan Google menggunakan kesempatan ini untuk melancarkan ciri membeli-belah dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) Google Gemini. Menerusi ciri ini pengguna hanya perlu memasukkan soalan ke dalam carian AI Mode di Google Search. AI akan kemudian memberikan jawapan yang berkaitan dan kemudiannya pembelian barangan yang menepati kehendak pengguna.

image is not available

Carian produk yang paling relevan dengan permintaan pengguna dikuasakan oleh Shopping Graph yang mempunyai senarai 50 bilion produk. Dengan ini produk dengan markah ulasan tertinggi atau paling popular akan dipaparkan sekaligus membolehkan pengguna membeli tanpa perlu melakukan carian secara manual yang mengambil masa yang lama. Selain menerusi Search, ciri pembelian menggunakan AI juga disokong dalam aplikasi Google Gemini.

image is not available

Turut dilancarkan hari ini ialah Google boleh melakukan panggilan telefon ke kedai-kedai berhampiran untuk mencari produk yang dicari. Teknologi Google Duplex akan melakukan panggilan telefon bagi pihak pengguna dan kemudian memberikan saranan kedai yang mempunyai stok tersendiri untuk produk yang ingin dibeli bagi mereka yang lebih selesa melakukan pembelian di luar talian.

Malang di sini ialah kesemua ciri ini hanya boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat sahaja pada ketika ini.