Google Malaysia mohon maaf atas kesilapan kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit

Business & Finance
18 Mar 2024 • 4:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Google Malaysia hari ini membuat permohonan maaf atas kesilapan berkenaan kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit yang disiarkan di laman kewangannya.

“Kami segera menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit untuk membetulkan kesilapan itu. Isu itu kini telah diselesaikan dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul,” kata Google Malaysia menerusi hantaran di laman X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).

Google juga berkata bahawa ia menyediakan kadar pertukaran mata wang hanya untuk tujuan maklumat sahaja.

“Sila rujuk sumber rasmi seperti laman sesawang Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat sebarang keputusan kewangan,” katanya di laman blog mikro itu.

Pada 15 Mac lepas Google telah menyiarkan kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit yang tidak tepat di laman kewangannya. Ini merupakan insiden kedua Google menyiarkan data kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit yang tidak tepat pada tahun ini yang mana pertama kali berlaku pada 6 Feb. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved