
Google Meet kini membolehkan peserta membuka dokumen yang sedang dibentangkan secara terus tanpa perlu menunggu pautan dikongsi melalui ruang sembang. Ini membolehkan peserta merujuk Google Docs, Sheets atau Slides yang digunakan dalam pembentangan dengan lebih cepat sekali gus mengelakkan gangguan yang sering berlaku apabila pautan perlu dihantar secara berasingan.

Dalam pada itu, Google turut menambah baik ciri perkongsian dokumen dalam Google Meet. Pengguna boleh memilih sama ada mahu berkongsi pautan dokumen sekali sahaja atau membolehkannya dipaparkan secara automatik kepada peserta setiap kali fail dibentangkan. Google Meet juga membolehkan pengguna memberikan akses kepada dokumen secara terus tanpa perlu membuka Google Drive atau meninggalkan panggilan video.
Secara lalai, ciri ini tidak diaktifkan dan boleh diaktifkan oleh pengguna ketika pembentangan berlangsung. Ia juga akan diperkenalkan secara berperingkat bermula bulan ini untuk semua pengguna Google Workspace, Workspace Individual serta akaun Google peribadi.
Sumber: Google Workspace



