Google Melancarkan Pembantu Peribadi Deep Research Yang Melakukan Penyelidikan Atas Talian 

TechnologyDigital
12 Dec 2024 • 5:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain model Gemini 2.0 baharu dan video Project Astra, Google turut mengumumkan Deep Research yang merupakan pembantu peribadi dengan kecerdasan buatan (AI) yang boleh melakukan penyelidikan atas talian. Ia menyasarkan pengguna yang ingin melakukan penyelidikan ke atas topik tertentu dan inginkan maklumat yang tepat diberikan.

image is not available

Deep Research boleh diarahkan melakukan penyelidikan ke atas topik tertentu. Ia kemudiannya memberikan rangka kerja kajian yang kemudiannya boleh disemak dan disunting oleh pengguna sebelum ia dilakukan oleh Deep Research.

Dalam masa beberapa minit, sebuah dokumen kajian akan dihasilkan lengkap dengan pautan untuk semakan yang kemudiannya boleh dieksport ke Google Docs. Deep Research kemudiannya boleh diarahkan untuk memperhalusi lagi kajian sekiranya perlu bagi mendapatkan maklumat yang lebih memenuhi kehendak pengguna.

Deep Research boleh digunakan hari ini oleh pelanggan Gemini Advanced dalam Bahasa Inggeris di desktop. Ia akan kemudiannya boleh diakses dalam aplikasi telefon pintar bermula awal 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved