Google Membuka Pendaftaran Minat Bard – Pesaing ChatGPT

TechnologyDigital
22 Mar 2023 • 12:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google akhirnya telah membuka pendaftaran minta untuk menggunakan Bard iaitu perkhidmatan kecerdasan mereka yang akan bersaing dengan ChatGPT. Bard adalah model bahasa dan bukannya untuk pengetahuan jadi tidak boleh digunakan seperti Bing Chat.

image is not available

Sebaliknya Bard akan menjadi rakan kreatif manusia untuk membantu dalam sejumlah perkara seperti imaginasi, menulis draf cerita dan membantu perasaan rasa ingin tahu.

Bard juga bukan pengganti kepada enjin carian Google. Google telah menyatakan yang maklum balas yang dihasilkan Bard mungkin tidak tepat. Google juga masih memerlukan bantuan orang ramai untuk melatih Bard agar menjadi sistem kecerdasan buatan yang lebih pintar.

image is not available

Buat masa ini pendaftaran hanya dibuka untuk pengguna di Amerika dan UK. Sokongan di negara lain hanya akan diumumkan nanti. Sama-sama kita nantikan.