Google Mengemaskini Penjenamaan Dan Logo Baharu Untuk Android

TechnologyDigital
6 Sep 2023 • 7:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan Android 14 menjelang tiba tidak lama lagi, kini Google memperkenalkan kemaskini pada penjenamaan dan logo sistem operasi Android. Penjenamaan baharu ini juga dilihat Android menggunakan huruf besar berbanding penggunaan huruf kecil untuk abjad “A” sebelum ini.

image is not available

Google menyatakan rekaan baharu ini selari dengan konsep Material Design yang diimplementasikan oleh Google, selain lebih selari dengan rekaan logo Google tersebut sendiri.

image is not available

Disamping itu, rekaan robot Android – dinamakan Bugdroid – nafas baharu, dan dengan rekaan lebih 3D berbanding sebelum ini. Google menyatakan langkah ini memberikan ia rekaan yang konsisten di dunia nyata mahupun maya.

image is not available

Penjenamaan baharu Android ini akan dapat dilihat pada pelbagai peranti yang dikuasakan sistem operasi Android bermula tahun ini.