Google Menghentikan Jualan Dan Sokongan Untuk Glass Enterprise Edition

TechnologyDigital
16 Mar 2023 • 3:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Google Glass

Google Glass Enterprise Edition ditawarkan kepada pengguna perindustrian sejak 2019. Selepas hampir empat tahun dilancarkan, jualan Google Glass Enterprise Edition dihentikan bermula semalam 15 Mac. Sementara itu sokongan perisian pula akan mula dihentikan pada 15 September 15 2023.

image is not available

Kaca pintar ini masih boleh digunakan selepas tarikh di atas cuma tiada lagi sokongan kemas kini perisian dan juga alat ganti. Sebarang isu yang berlaku selepas 15 September perlu diuruskan sendiri oleh pihak pengguna sendiri. Pengumuman ini memulakan spekulasi Google kini bersedia untuk melancarkan set kepala baharu dalam masa terdekat dan mungkin seawal Google I/0 2023.

Google, Samsung dan Qualcomm telahpun mengumumkan kerjasama untuk melancarkan set kepala baharu beberapa bulan yang lalu. Dengan Google Glass tidak mencapai potensi awalnya, sebuah set kepala baharu boleh dilancarkan berdasarkan pengalaman yang dipelajari setakat ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved