Google Menolak Permintaan Meta Menawarkan Play Store Ke Meta Quest

TechnologyDigital
15 Nov 2023 • 1:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Set kepada realiti gabungan oleh Meta Quest yang dibangunkan untuk kegunaan produktiviti, permainan, hiburan dan bersosial. Set kepala ini menjalankan sistem operasi tersendiri berasakan Android dengan kebanyakan aplikasi hanya boleh didapatkan secara rasmi melalui gedung aplikasi mereka yang tersendiri.

image is not available

Aplikasi yang ditawarkan oleh Meta tidak dinafikan cukup banyak berbanding Pico. Tetapi jumlah aplikasi yang ditawarkan masih tidak memuaskan ramai pengguna kerana ramai masih mahukan aplikasi lain disokong sekali. Wakil Meta ada menyatakan yang mereka pernah meminta Google untuk mengintegrasikan Play Store ke Meta Quest tetapi telah ditolak tanpa sebab diberikan.

image is not available

Wakil Meta ini turut memberitahu yang pembangun boleh sahaja memberi fail APK kepada mereka untuk disokong pada Meta Quest dan ia mungkin tidak perlu diubahsuai pun untuk disokong pada Meta Quest. Jika ada pengubahsuaian, ia hanyalah untuk kawalan aplikasi.