Google, Microsoft dan xAI Dilaporkan Ingin Menamatkan Hubungan Dengan Scale AI

TechnologyDigital
16 Jun 2025 • 1:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu lalu Meta melaburkan $14.3 billion ke dalam Scale AI bagi mengambil alih 49% pegangan syarikat. Oleh sebab itu, Google, Microsoft dan xAI kini sedang dalam proses menamatkan hubungan perniagaan dengan Scale AI menurut laporan Reuters.

Menurut sumber dalaman, Google telah menghubungi beberapa pesaing kepada Scale AI untuk menawarkan perkhidmatan mereka. Perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Scale AI ialah data yang dilabel bagi memudahkan ia kemudiannya digunakan dalam latihan model-model kecerdasan buatan (AI.) Microsoft dan xAI pula dilaporkan dalam proses tidak lagi menggunakan perkhidmatan Scale AI. OpenAI pula telah mula mengurangkan penggunaan data daripada Scale AI sejak beberapa bulan yang lalu.

image is not available

Tiada sebab diberikan mengapa tiga syarikat teknologi besar ini ingin berhenti menggunakan perkhidmatan Scale AI. Besar kemungkinan adalah untuk tidak menguntungkan Meta yang dilihat pesaing dalam bidang AI.

Meta dipercayai mengambil alih sebahagian Scale AI kerana memerlukan kepakaran kakitangan syarikat dan mendapatkan data latihan lebih baik selepas didapati menggunakan data yang dicuri menggunakan Torrent. Kegagalan pembangunan model AI baharu Behemoth di Meta menjadi pemangkin kepada pembelian oleh Mark Zuckerberg yang sejak dari dahulu akan mengambil alih pesaing sekiranya didapati dapat menguntungkan syarikat