Google Mula Memperluaskan Ujian Enjin Carian Dikuasakan AI Generatif Ke Negara Selain Amerika

TechnologyDigital
31 Aug 2023 • 10:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google sebelum ini telah mengumumkan Search Generative Experience (SGE), dimana ia melaluinya menggunakan sokongan kecerdasan buatan untuk menjana jawapan atau info berasaskan kepada persoalan atau kata kunci carian oleh pengguna. Google telah memperkenalkan ia beberapa bulan lepas, dan telah mengujinya secara terhad di Amerika Syarikat melalui eksperimen Search Labs.

image is not available

Menariknya, kini ujian tersebut diperluaskan ke negara luar Amerika – bermula di Jepun dan juga India. Buat masa ini, ia masih dikategorikan dibawah eksperimen, dan para pengguna perlu mendaftarkan akaun untuk menyertai Search Labs, sebelum dapat mengaktifkan SGE berkenaan.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memberikan pengalaman carian yang lebih baharu kepada pengguna – dan kadar pengguna perlu klik untuk mendapatkan jawapan adalah rendah. Pelbagai jawapan akan tersedia kepada pengguna, sekaligus memudahkan lagi sesuatu proses. Untuk makluman, ciri ini diintegrasikan terus pada carian utama Google, dan bukannya pada perkhidmatan lain seperti Google Bard yang disediakan berasingan.

image is not available

Melalui perluasan ciri Search Labs ini ke dua negara baharu, tidak mustahil kita melihat ia terus diperkenalkan kepada pengguna di negara-negara lain secara berperingkat selepas ini.

Sama-sama kita nantikan apakah Google akan melakukan dengan SGE dalam bulan-bulan akan datang, sekaligus bagaimana mereka bersaing dengan lebih baik bersama Bing Chat oleh Microsoft, serta penyedia enjin carian lain.