Google kini telah mula menawarkan sistem operasi versi terbaru yang masih pada peringkat pembangunan, iaitu Android 17 Beta 1. Versi Beta ini sudah boleh dimuat-turun oleh pengguna peranti Pixel.

Android 17 dilihat memfokuskan kepada penambah-baikkan dari segi penggunaan pemprosesan dan tenaga, selain mengurangkan penggunaan memori notifikasi. Pada masa yang sama, Android 17 turut memfokuskan kepada penawaran aplikasi yang boleh disesuaikan mengikut pelbagai saiz skrin – apatah lagi dengan pelbagai telefon boleh-lipat di pasaran.
Bagi anda yang mempunyai peranti Pixel, dari Pixel 6 ke Pixel 10 terbaru, anda boleh mendapatkan Android 17 Beta 1 ini, dan mengujinya pada peranti anda. Google dijangka perkenalkan satu lagi versi beta sekitar bulan Mac, sebelum versi akhir hadir selepas itu.
