Google Mungkin Akan Membawa Versi Fuchsia Lebih Ringan Ke Android 

TechnologyDigital
9 Jul 2024 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fuchsia OS adalah sistem operasi baharu Google yang dibangunkan sejak tahun 2016. Ia dilancarkan kepada umum melalui kemas kini Google Nest Hub generasi pertama. Selepas sekian lama menantikan Fuchsia OS untuk telefon, akhirnya kita mungkin akan dapat mencubanya.

image is not available

Menurut laporan Mishaal Rahman menerusi Android Authority, Google sedang membangunkan Fuchsia OS lebih ringan untuk ia boleh dijalankan pada peranti Android. Apakah fungsi Fuchsia OS pada sebuah peranti Android masih tidak jelas. Ia mungkin adalah untuk ciri seakan Samsung DeX, di mana Pixel 8 apabila disambungkan pada monitor boleh memaparkan Chrome OS.

image is not available

Fuchsia OS berkemungkinan besar tidak akan menjadi pengganti kepada Android atau Chrome OS. Sebaliknya Google mungkin boleh mengintegrasikan Fuchsia ke dalam Android untuk ciri sekuriti yang lebih baik, atau microdroid untuk sistem operasi ringan dijalankan di atas pelagak dalam Android dan banyak lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan pembangunan Fuchsia OS yang telah kembali menjadi fokus sejak tahun 2023.