Google Nest Dan Android Kini Menyokong Protokol IoT Matter

TechnologyDigital
16 Dec 2022 • 10:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Matter ialah protokol internet benda (IoT) yang diterima sebagai piawaian seragam oleh kesemua pengeluar dengan ia dilancarkan secara rasmi pada Oktober lalu. Hari ini Google secara rasmi mengatakan Matter disokong pada Google Home yang bermakna ia bolen diakses pada produk Google Nest dan Android.

image is not available

Isu sistem IoT terdahulu ialah terdapat terlalu banyak protokol berbeza. Matter akan disokong oleh lebih 280 pengeluar peranti IoT seperti Amazon, Apple, Google, Huawei, IKEA, Oppo, Signify, SmartThings dan Xiaomi. Google misalnya mengesahkan peranti yang menyokong Matter 1.0 boleh disambungkan kepada sistem Google Home menerusi ciri Fast Pair.