Google NotebookLM Kini Boleh Mengubah Nota Menjadi Perbincangan Audio Dengan Dua Hos AI

TechnologyDigital
12 Sep 2024 • 9:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siapa di sini gemar membaca nota panjang ketika di universiti dahulu? Saya aku ia antara perkara paling membosankan khususnya apabila ketika musim peperiksaan. Google kini mempunyai penyelesaian kepada kebosanan ini dengan memperkenalkan ciri mengubah nota menjadi perbincangan audio dua hala dengan dua hos yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.

image is not available

Ciri Audio Overview diperkenalkan dalam kemas kini NotebookLM yang sebelum ini mempunyai kemampuan untuk meringkaskan dan merumuskan pelbagai nota panjang bagi membantu golongan pelajar. Muat naik dokumen yang anda ingin dibincangkan ke NotebookLM dan sebuah trek audio seakan episod podsiar akan dijana. Hos akan melakukan perbincangan dua hala mengenai topik dokumen seperti dua orang hos manusia.

Kekurangannya pada ketika ini ialah Audio Overview mengambil masa beberapa puluh minit untuk menjana trek audio perbincangan dan setakat ini hanya menyokong Bahasa Inggeris. Ciri ini sudah boleh dicuba di NotebookLM dan ia sekali lagi menggunakan model AI Google Gemini.