Google NotebookLM Kini Mempunyai Ciri Mengubah Tona Perbualan Podsiar Yang Dijana

TechnologyDigital
4 Sep 2025 • 10:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google NotebookLM mempunyai ciri menghasilkan podsiar berdasarkan teks yang diberikan oleh pengguna. Baru-baru ini ia akhirnya boleh menghasilkan podsiar dalam Bahasa Melayu menerusi ciri yang diberi nama Audio Overviews. Hari ini ciri baharu ditambah dengan podsiar yang dijana oleh diubah mengikut empat tona berbeza.

image is not available

Pilihan yang diberikan ialah Deep Dive, Brief, Critique dan Debate. Hos akan membincangkan topik secara lebih mendalam menerusi Deep Dive sementara Brief meringkaskannya kepada kandungan penting sahaja. Critique pula akan memberikan kritikan membina untuk kandungan yang diberikan oleh pengguna. Akhir sekali ialah Debate dengan dua hos membahaskan topik dari perspektif berbeza.

Dalam bahasa Inggeris diberikan pilihan menjana podsiar yang lebih pendek, sederhana dan lebih panjang. Selain itu NotebookLM turut menambah pilihan suara hos maya untuk podsiar yang dijana olehnya. Kesemua ciri ini diberikan kepada pengguna global bermula hari ini secara berperingkat.