Google Perkenal “Circle To Search” – Melakukan Carian Pada Peranti Guna Gestur, Tanpa Tinggalkan Aplikasi

TechnologyDigital
18 Jan 2024 • 2:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada acara pengenalan peranti Samsung Galaxy S24, pihak Google turut berkongsi pentas, dan memperkenalkan ciri carian terbaru mereka, iaitu “Circle To Search”. Melaluinya, Google menawarkan sokongan gestur untuk dilakukan pada skrin peranti, dan melakukan carian serta merta tanpa perlu meninggalkan peranti berkenaan.

image is not available

Beberapa gestur mudah disertakan, dimana pengguna boleh menandakan sesuatu perkara pada skrin dengan hanya melakukan lakaran bulatan di atasnya, dan seterusnya Google akan memaparkan informasi berkaitan dengannya serta merta pada skrin dalam bentuk pop-naik dibawah.

image is not available

image is not available

Dengan langkah ini, para pengguna boleh lakukan carian tanpa perlu lakukan rakaman skrin, meninggalkan aplikasi dan sebagainya. Ini juga sekaligus menjadikan carian Google kekal relevan rentas aplikasi, dan tidak lagi perlu risau untuk pesaing aplikasi berbeza.

Google menyatakan ciri ini hadir pada peranti Android, bermula dengan siri Galaxy S24.

image is not available