Google Perkenal Ciri Baharu Pada Waze – Memberi Peringatan Sekiranya Jalan Yang Dilalui Pernah Berlaku Kemalangan

TechnologyDigital
7 Nov 2023 • 11:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini mengumumkan sebuah ciri baharu untuk aplikasi navigasi Waze yang dimiliki mereka, iaitu peringatan sekiranya jalan yang dilalui pernah berlaku kemalangan. Dengan langkah ini, ciri keselamatan ini dijangka akan terus membuatkan pengguna jalan raya lebih berhati-hati apabila melalui sesuatu jalan raya.

image is not available

Waze menyatakan, pengguna Waze melaporkan kemalangan hampir setiap dua saat. Waze menggunakan integrasi AI bersama-sama sejarah laporan kemalangan yang dilakukan oleh komuniti dalam memberikan peringatan.

Selain daripada laluan, ia juga akan mengambil-kira tahap trafik, cuaca dan sebagainya dalam memberikan peringatan kepada pengguna.

Waze mengatakan, mereka akan memaparkan peringatan ini pada laluan yang akan dilalui oleh seseorang pengguna. Namun, sekiranya laluan tersebut merupakan laluan harian atau sering dilalui seseorang pemandu, maka peringatan berkenaan akan diminimakan atau mungkin tidak diperlihatkan.

Ciri baharu ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved