Google Perkenal Muka Huruf AR One Sans Untuk Realiti Maya

TechnologyDigital
11 Oct 2023 • 8:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti realiti maya (VR), gabungan (MR) dan terimbuh (AR) akan menjadi semakin popular dalam masa terdekat kerana Apple dan Meta percaya ia adalah peranti masa depan yang bakal menggantikan telefon pintar. Oleh itu Google Fonts telah melancarkan muka huruf AR One Sans yang direka khusus untuk digunakan dalam dunia VR dan MR.

image is not available

Ia direka oleh Niteesh Yadav dengan tumpuan diberikan supaya muka huruf boleh dibaca dengan mudah dari pelbagai sudut. Ia mempunyai jarak yang dioptimumkan bagi memudahkan pembacaan dalam situasi latar belakang gelap atau terdapat objek di belakangnya.

Keluarga AR One Sans terdiri daripada Regular 400, Medium 500, Seminold 600 dan Bold 700 dengan tahap ketebalan berbeza. Muka huruf ini ditawarkan menerusi lesen Open Font License dan boleh digunakan secara percuma.