Google Perkenal Siri Pixel 10 – Harga Bermula RM3999 Di Malaysia

LocalTechnology
21 Aug 2025 • 1:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini memperkenalkan siri telefon pintar terbaru mereka, iaitu siri Pixel 10. Sebanyak 3 variasi telefon ditawarkan dibawah siri Pixel 10, iaitu Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL.

image is not available

Siri Pixel merupakan telefon yang dibangunkan sendiri oleh Google, dan hadir dengan sejumlah ciri tambahan bersama dengannya. Ketiga-tiga model ini hadir bersama cip Google Tensor G5, dan turut menyertakan model Gemini Nano bersama dengannya, sekaligus menjadikan pemprosesan pelbagai perkara melibatkan kecerdasan buatan lebih lancar.

Google Pixel 10 merupakan versi paling asas, hadir dengan skrin 6.3-inci dengan kadar kecerahan 3000-nit, memori 12GB RAM, dan dilengkapi dengan bateri 4970mAh. Google mengatakan ia menawarkan masa penggunaan sepanjang hari, dan boleh dicas sehingga 55% dalam masa 30 minit. Melengkapkan ia juga adalah tri-kamera belakang yang mengabungkan kamera 48-megapixel ultra-lebar, sensor telefoto 5x, dan sensor ultra-lebar, serta kamera swafoto 10.5-megapixel di hadapan.

image is not available
Google Pixel 10


Google Pixel 10 Pro menawarkan skrin dengan saiz lebih kurang sama, iaitu 6.3-inci OLED dengan kadar kecerahan 3300-nits dan memori 16GB RAM. Google Pixel 10 Pro XL pula hadir dengan skrin 6.8-inci dan penawaran lain yang lebih kurang sama seperti Google Pixel 10 Pro.

image is not available
Google Pixel 10 Pro


Kedua-duanya menggunakan tri-kamera belakang dengan kamera utama 50-megapixel lebar, dan dilengkapi dengan sokongan sensor telefoto 5x, dan sensor ultra-lebar dibelakang, serta kamera swafoto 42-megapixel dihadapan. Siri Pro turut menyertakan sejumlah sokongan rakaman lebih tinggi, termasuk sokongan rakaman video 8K, dan ciri seperti Pro Rez Zoom, High Res Potraits, dan beberapa yang lain.

image is not available
Google Pixel 10 Pro XL

Di Malaysia, Pixel 10 ditawarkan pada harga bermula RM3999, Pixel 10 Pro pada harga bermula RM4999, dan Pixel 10 Pro XL pada harga bermula RM5999. Ke semua siri ini boleh dipratempah bermula hari ini, dan akan ditawarkan bermula 28 Ogos 2025 di Malaysia. Pembeli siri Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL turut akan menerima akses kepada Google AI Pro selama setahun secara percuma.