Google Photos Akan Tiba Ke TV Pintar Samsung Tahun Depan

TechnologyDigital
30 Dec 2025 • 8:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Google Photos akan akhirnya tiba ke TV pintar Samsung yang menggunakan Tizen OS bermula 2026. Dalam pengumuman yang dilakukan pagi ini, Google Photos akan muncul secara automatik melalui Daily+ dan Daily Board pada TV pintar yang menyokongnya.

image is not available

Selain kemampuan mengakses gambar yang disimpan di Photos, pengguna Tizen OS juga boleh mengakses ciri Memories yang memaparkan cerita berdasarkan tempat dan individu bermula Mac depan. Seterusnya ciri Create with AI pula memberikan templat kreatif dijana menggunakan model Gemini Nano Banana membolehkan gambar diolah semula menerusi ciri Remix dan gambar statik digerakkan menjadi video.

Pengguna juga boleh memperibadikan paparan gambar pada TV berdasarkan topik, kandungan, memori secara lokasi. Ciri ini dijangka diberikan bermula H2 2026. Menurut Samsung sokongan Google Photos hanya akan diberikan pada TV pintar Samsung 2026 sahaja.

Yang menjadi tanda tanya ialah sama ada ia akan turut ditawarkan ke Google TV dalam masa terdekat kerana sehingga kini aplikasi ini tidak boleh dimuat turun pada sistem operasi TV milik Google sendiri.