Google Photos Kelak Boleh Meningkatkan Kualiti Video Dengan Dua Klik

TechnologyDigital
2 May 2024 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Photos amat terkenal dengan ciri menyandarkan fail imej dan video ke awanan menggunakan storan Google Drive. Ia turut menyokong ciri carian AI, ciri suntingan AI, boleh menjana kolaj kenangan melalui Memories, boleh menjana imej 3D dan banyak lagi. Terbaru, Google Photos telah dikemaskini dengan ciri untuk meningkatkan kualiti video dengan satu klik.

image is not available

Ini adalah ciri lebih kurang sama yang sudah boleh dilakukan pada imej. Dalam Google Photos, mana-mana gambar boleh ditingkatkan kualiti dengan hanya klik Edit dan kemudian Enhance. Untuk video, Google Photos akan mengubah kecerahan, kontras, saturasi, dan beberapa tetapan lain untuk memastikan video pengguna lebih cantik.

Ciri ini berbeza dengan ciri AI yang hanya boleh digunakan oleh pengguna Pixel 8. Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diedarkan kepada pengguna atau ia sekadar ujian A/B sahaja. Adakah anda inginkan ciri ini?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved