Google Photos Kini Telah Dimuat Turun Sebanyak Lebih 10 Bilion Kali

TechnologyDigital
5 Jul 2024 • 12:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Photos adalah aplikasi album yang popular. Ia menyokong sandaran awanan, suntingan AI dan turut dijadikan sebagai aplikasi album utama untuk sesetengah peranti Android. Di Play Store, Google Photos baru-baru ini telah mencatat sebanyak lebih 10 bilion kali aplikasi ini dimuat turun selepas 4 tahun mencapai jumlah 5 bilion.

image is not available

Aplikasi ini dilancarkan pada tahun 2015 dan ia bukan sahaja boleh menyunting gambar tetapi turut menyunting video. Dengan banyak ciri eksklusif Pixel dan Samsung kini diberikan kepada semua, penggunaan aplikasi ini tidak dinafikan semakin meningkat. Peranti-peranti seperti realme, Oppo, OnePlus dan Xiaomi turut telah mengintegrasikan Google Photos ke dalam aplikasi album masing-masing yang secara tidak langsung turut meningkatkan lagi jumlah pengguna.

image is not available

Google Photos adalah aplikasi ke-10 Google yang mencapai jumlah muat turun lebih 10 bilion selepas Google Drive, Gmail, Maps, YouTube, aplikasi Google dan lain-lain. Adakah anda antara pengguna Google Photos atau masih bergantung kepada aplikasi album lalai dalam telefon?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved