Google Photos Menguji Ciri Memainkan Kembali Video Dengan Kelajuan Sehingga 2X

TechnologyDigital
13 Jan 2026 • 6:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Photos dilaporkan sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna melaras kelajuan main balik video sama seperti fungsi yang terdapat pada YouTube. Pilihan kelajuan disediakan adalah antara 0.25x hingga 2X dan ia boleh diakses melalui menu tiga titik di bahagian atas kanan ketika video dimainkan. Apabila ciri ini dilancarkan kelak, pengguna boleh memilih kelajuan main balik yang paling sesuai dengan keperluan mereka.

image is not available

Selain itu, Google Photos sedang menguji fungsi baharu yang dinamakan ‘Show dates in Grid’ iaitu ciri yang membolehkan pengguna mengawal paparan tarikh pada grid gambar. Dengan fungsi ini, pengguna boleh menikmati paparan grid yang kelihatan lebih kemas tanpa label tarikh. Meskipun begitu, pengguna tidak boleh memilih gambar dan video secara pukal berdasarkan tarikh tertentu.

Kedua-dua ciri ini masih berada dalam fasa ujian dan tarikh pelancaran rasminya belum dapat dipastikan.