Google Pixel 10 Pro Fold Dengan Storan 512GB Turut Disenaraikan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM8599

LocalTechnology
2 Oct 2025 • 1:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Malaysia sebelum ini telah menyatakan akan memasarkan telefon boleh-lipat mereka untuk pasaran Malaysia bermula 9 Oktober 2025 kelak. Ketika pengumuman awal, Google hanya berkongsi harga untuk model 256GB yang ditawarkan pada harga RM7999 di Malaysia.

image is not available

Kini, selain model asas 256GB, Google turut dilihat akan membawa masuk model 512GB untuk pasaran Malaysia, dan ditawarkan pada harga RM8599. Kedua-dua model kini boleh dipratempah, dan akan dipasarkan bermula 9 Oktober 2025 kelak.

Google Pixel 10 Pro Fold hadir dengan skrin luaran 6.4-inci OLED yang dibuka menjadi skrin 8-inci OLED. Ia dijana cip Tensor G5, memori 16GB RAM, serta bateri bersaiz 5015 mAh. Melengkapkannya adalah kamera belakang tri-kamera dengan sensor utama 48-megapixel. Telefon ini turut menyokong pengecasan nirwayar Qi2.

image is not available

Bagi anda yang berminat, turut boleh menyemak penawaran ini melalui Shopee, yang turut menawarkan diskaun RM600 untuk masa terhad. Beberapa syarikat telekomunikasi turut telah mula menawarkan promosi Google Pixel 10 Pro Fold ini untuk pelanggan mereka.