Google Pixel 9 dan 9 Pro XL Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM 3999

TechnologyDigital
14 Aug 2024 • 9:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Awal pagi tadi Google Pixel 9, Pixel 9 Pro, Pixel 9 Pro XL dan Pixel 9 Pro Fold telah dilancarkan secara rasmi oleh Google. Daripada kesemua peranti ini, hanya siri Pixel 9 dan Pixel 9 Pro akan dilancarkan di Malaysia. Pagi ini laman Seng Heng dan CelcomDigi menyenaraikan harga jualan untuk Pixel 9 dan Pixel 9 Pro XL.

image is not available

Yang menarik di sini ialah hanya Pixel 9 dan Pixel 9 Pro XL sahaja disenaraikan. Pixel 9 Pro yang dikhabarkan akan ditawarkan tidak langsung tersenarai. Senarai harga jualan kedua-dua peranti adalah seperti di bawah dengan pilihan storan yang ditawarkan. Harga jualan kesemua peranti juga adalah tinggi seperti harga jualan iPhone dan Samsung S24 Ultra.

Pratempahan dibuka untuk Pixel 9 dan Pixel 9 Pro XL bermula hari ini dengan ia akan dijual secara terbuka bermula 22 Ogos depan. Sementara itu Pixel 9 Pro akan hanya mula ditawarkan bermula ke suatu tarikh pada bulan September yang masih belum ditetapkan.

  • Google Pixel 9 (128GB) – RM3999
  • Google Pixel 9 (256GB) – RM4499

  • Google Pixel 9 Pro (128GB) – RM5199
  • Google Pixel 9 Pro (256GB) – RM5699
  • Google Pixel 9 Pro (512GB) – RM6299

  • Google Pixel 9 Pro XL (128GB) – RM5699
  • Google Pixel 9 Pro XL (256GB) – RM6199
  • Google Pixel 9 Pro XL (512GB) – RM6799
  • Google Pixel 9 Pro XL (1000GB) – RM7999

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved