Google Pixel 9 Pro Fold Tidak Akan Dilancarkan Di Malaysia – Nantikan Model Tahun Depan

TechnologyDigital
14 Aug 2024 • 1:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google mengesahkan Pixel Fold 9 Fold tidak akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia tahun ini. Ini menurut wakil Google adalah kerana semasa peranti dibangunkan, Malaysia bukanlah antara negara sasaran. Oleh itu ia tidak menyokong kesemua rangkaian syarikat telekomunikasi di Malaysia.

image is not available

Bagi yang masih mendambakan Pixel Fold di Malaysia, anda perlu menanti model tahun depan kerana Google mengesahkan ia akan dilancarkan di Malaysia. Menerusi Pixel 9 Fold 2 (mungkin nama yang digunakan), tidak akan timbul isu ketidakserasian.

Pada waktu yang sama wakil Google turut mengesahkan kepada kami sekiranya peranti mengalami kerosakan, pembeli boleh memintas bantuan pasca belian menerusi Google Store. Tiada stor fizikal dibuka untuk proses membaiki wujud pada waktu ini. Kepada pembeli dari pihak ketiga pula, khidmat bantuan pelanggan pasca pembelian pula adalah menerusi mereka.