Google Pixel 9a Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 16 April 2025 – Berharga RM2699

TechnologyDigital
29 Mar 2025 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini mengumumkan mereka akan menjual Pixel 9a secara rasminya bermula bulan April ini. Untuk pasaran tempatan, Pixel 9a akan ditawarkan bermula 16 April 2025 kelak.

Google Pixel 9a hadir pada harga bermula RM2699 di Malaysia, dimana ia menawarkan sejumlah ciri-ciri Pixel pada harga lebih rendah berbanding siri Pixel 9 biasa.

image is not available

Google Pixel 9a hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci dengan kadar segar semula 120Hz, dijana dengan cip Tensor G4, menyertakan kamera utama 48-megapixel, dan menyokong ketahanan IP68. Ia turut menyertakan bateri 5100mAh dengan sokongan pengecasan 23W.

Google turut menyediakan akses kepada kecerdasan buatan Gemini melaluinya, membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara, disamping menggunakannya dalam penyuntingan gambar terus pada peranti.

Dengan pengumuman tarikh ini, kita dijangka akan mengetahui lanut berkenaan penawaran dan kedai yang akan menjualnya dalam masa terdekat ini.