Google Pixel kini rakan telefon rasmi Arsenal dan Liverpool

14 Aug 2023 • 9:13 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Google telah mengumumkan satu kerjasama jangka panjang antara mereka dengan gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal FC, dan juga Liverpool FC untuk membawa kehebatan teknologi AI ke dalam kedua-dua pasukan tersebut.

Melalui kerjasama ini, Google Pixel akan memfokuskan pada memanfaatkan kekuatan teknologi AI yang dimiliki oleh syarikat itu untuk menghasilkan kandungan yang lebih mengujakan, kandungan berkisarkan kelab gergasi Arsenal dan Liverpool kepada peminat masing-masing. Kandungan yang diperkasa AI ini pastinya akan memberikan perspektif lebih segar yang tak pernah mereka lihat sebelum ini.

Antara yang bakal disajikan adalah seperti temubual dalam bilik persalinan sewaktu hari perlawanan ataupun perkongsian harian yang dirakam menggunakan Google Pixel. Satu kumpulan pencipta kandungan akan menghasilkan kandungan dalam siri "Pitchside, Presented by Pixel" akan bergerak menelusuri selok belok kelab itu mencari kandungan-kandungan yang menarik untuk dikongsikan terutamanya tentang pasukan wanita kedua-dua pasukan itu.

Hal ini kerana, Google Pixel ingin turut memberikan penekanan terhadap kandungan bola sepak wanita bagi merapatkan jurang antara pasukan itu dengan pasukan lelaki dalam menyuntik insiprasi buat wanita-wanita di luar sana. Peminat boleh turut menonton kandungan melibatkan pasukan bola sepak wanita di Anfield dan Emirates London sepanjang Women's Super League dan Premier League.

Sumber: Google

Bacaan berkaitan