Google Play Games PC Ingin Bersaing Dengan Steam Dan Epic – Tawar Permainan PC

TechnologyDigital
14 Mar 2024 • 11:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Play Games PC adalah platform permainan oleh Google yang menawarkan permua untuk dimainkan pada komputer. Terdapat lebih 3000 permainan ditawarkan dan platform ini turut menyokong Play Pass bagi yang melanggan dan Play Points bagi negara yang disokong. Semasa Google for Games Developer Summit 2024, Google dilihat bersedia untuk bersaing dengan Steam dan Epic.

image is not available

Play Games PC kini menawarkan permainan video PC yang natif. Setakat ini Lineage2M, Odin: Valhalla Rising, Genshin Impact, dan Dragonheir: Silent Gods adalah yang boleh dimainkan. Google turut menjemput para pembangun menerbit permainan masing-masing ke Play Games. Antara kelebihannya adalah progress permainan diselarikan dalam akaun Google, pembayaran boleh guna akaun Play Store dan akan datang Play Pass boleh memberi tawaran kandungan dalam permainan terus kepada pemain.

image is not available

Semalam telah kami laporkan yang pengguna Play Pass meningkat 120%. Tetapi jumlah pengguna Play Games PC masih tidak cukup banyak untuk meyakinkan pembangun menyertakan permainan video bergrafik tinggi pada platform ini. Mana tahu akan datang kita boleh lihat Resident Evil 4, Death Stranding, Stary dan lain-lain terus pada Play Games PC. Sama-sama kita nantikan.